Jokowi naiki Proton Persona yang dipandu Dr Mahathir

9 Aug 2019 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memandu sendiri Proton Persona membawa Presiden Joko Widodo ke majlis makan tengah hari yang dihoskan beliau di Seri Perdana.

Kedua-dua pemimpin itu bergerak dari Bangunan Perdana Putra selepas selesai mengadakan pertemuan empat mata bersempena lawatan rasmi dua hari Joko ke Malaysia bermula semalam.

Ini merupakan momen kedua pemimpin itu yang mesra dipanggil Jokowi, menaiki kereta dipandu Dr Mahathir.

Dr Mahathir memandu Pesona berwarna merah dengan nombor pendaftaran B 2367 A dengan diikuti kenderaan yang membawa delegasi lain dari Indonesia.

Pada Februari 2015, Dr Mahathir pernah memandu uji sebuah kereta Proton dengan Jokowi di litar uji Sepang. -Bernama


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved