RPDK & RPDI: Rawatan & Pemulihan Sukarela AADK

LocalHealth & Fitness
30 Mar 2026 • 3:03 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Tahukah anda, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela kepada individu yang menghadapi masalah penagihan dadah dan bahan menerusi Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan Rawatan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai rawatan ini.

image is not available

Mengenai RPDK & RPDI

Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) ialah perkhidmatan di dalam komuniti menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

Mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah akan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan di dalam komuniti sama ada secara sukarela atau perintah mahkamah di bawah seksyen 8(3)(b) atau 6(1)(b) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan turut menerima klien yang diperintahkan seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Perkhidmatan yang disediakan di dalam komuniti adalah berdasar keperluan kepulihan setiap klien yang mempunyai pelbagai latar belakang, sejarah penagih, jenis dadah dan sebagainya.

Manakala Rawatan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) ialah rawatan di Pusat Pemulihan yang menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

Mana-mana individu yang telah dikenal pasti sebagai penagih dadah akan disyorkan oleh Pegawai Pemulihan untuk menjalani program rawatan dan pemulihan di PUSPEN sama ada secara sukarela di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 atau melalui Perintah Mahkamah di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Rawatan & Pemulihan Sukarela AADK

Rawatan dan pemulihan sukarela AADK ini:

  • Terbuka kepada semua yang mempunyai masalah penggunaan dadah dan bahan
  • Persetujuan termaklum
  • Rancangan pemulihan mengikut keperluan individu
  • Menggunakan model i-PULIH AADK (biologi, psikologi, sosial dan spiritual)
  • Penglibatan ahli keluarga dan inidividu yang penting
image is not available

Model i-PULIH AADK

AADK akan menggunakan model i-PULIH AADK dalam rawatan dan pemulihan sukarela kepada mereka yang memerlukan.

Umumnya, model ini merupakan inisiatif strategik AADK dalam memperkukuh sistem rawatan dan pemulihan pengguna dadah di Malaysia.

Model ini diperkenalkan bagi menggantikan pendekatan tradisional yang lebih berasaskan kawalan dan pematuhan kepada model yang menekankan pemulihan menyeluruh, bersepadu dan berasaskan komuniti.

Model ini merangkumi 4 dimensi utama dalam intervensi pemulihan iaitu biologi, psikologi, spiritual dan sosial yang secara keseluruhan membentuk asas teori serta falsafah rawatan holistik terhadap pengguna dadah.

Penerangan 4 dimensi utama tersebut adalah seperti berikut:

  • Biologi: Rawatan perubatan, detoksifikasi dan pengurusan simptom fizikal ketagihan.
  • Psikologi: Kaunseling individu dan kelompok, terapi kognitif-tingkah laku, serta modul pembangunan kendiri.
  • Spiritual: Penghayatan agama dan nilai moral untuk meningkatkan kesedaran diri dan kekuatan dalaman.
  • Sosial: Pengukuhan hubungan dengan keluarga, komuniti, dan masyarakat melalui aktiviti sosial serta program ekonomi.

Lokasi Pejabat AADK & PUSPEN

Lokasi pejabat AADK dan PUSPEN bagi rawatan dan pemulihan adalah seperti berikut:

i- Pejabat AADK

image is not available
image is not available

ii- PUSPEN

PUSPEN ialah pusat pemulihan dadah yang menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

image is not available

Cara Untuk Mendapatkan Rawatan & Pemulihan Sukarela

Individu yang ingin mendapatkan rawatan dan pemulihan sukarela ini boleh mengunjungi Pejabat AADK atau PUSPEN di seluruh negara.

Jika terdapat individu yang memerlukan bantuan, hubungi talian bebas tol AADK 1-800-22-AADK (2235) atau WhatsApp 019-626 2233.

Kejayaan Rawatan & Pemulihan Sukarela

Rawatan dan pemulihan sukarela ini telah berjaya memulihkan ramai individu sehingga:

  • Kembali bekerja
  • Memulihkan hubungan keluarga
  • Lebih sihat dan yakin
  • Membantu rakan-rakan yang masih menagih dadah / bahan
image is not available

Soalan Lazim

Apakah kelebihan perkhidmatan sukarela ini?

Ia dilaksanakan secara selamat, rahsia, tanpa tindakan perundangan dan percuma, bagi memberi ruang kepada mereka yang ingin berubah dan membina masa depan yang lebih baik.

Apakah maksud Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan Rawatan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) ini?

RPDK ialah perkhidmatan di dalam komuniti menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar. RPDI ialah rawatan di Pusat Pemulihan yang menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

Apakah model yang akan digunakan untuk rawatan dan pemulihan sukarela tersebut?

Model yang akan digunakan ialah model i-PULIH AADK.

Apakah maksud model i-PULIH AADK?

Model ini berasaskan kawalan dan pematuhan kepada model yang menekankan pemulihan menyeluruh, bersepadu dan berasaskan komuniti berdasarkan 4 dimensi iaitu Biologi, Psikologi, Spiritual dan Sosial.

Bagaimanakah cara untuk membantu seseorang yang memerlukan rawatan dan pemulihan ini?

Sila hubungi talian bebas tol AADK 1-800-22-AADK (2235) atau WhatsApp 019-626 2233.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai perkhidmatan RPDK dan RDPI, sila layari laman web https://www.aadk.gov.my/.

Baca juga: Vape Mushroom: Dadah Baru Kegilaan Remaja, Ini Kesan Buruknya