RPN 2026–2035 bukti reformasi berani pendidikan negara, bina insan berakar nilai – PM Anwar

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 3:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 digariskan sebagai landasan utama kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh, berani dan berteraskan jati diri kebangsaan.

Beliau berkata, reformasi berkenaan bukan sekadar menambah baik struktur sedia ada, sebaliknya mempertegas semula asas kenegaraan, memperkukuh intervensi pendidikan di awal usia kanak-kanak serta memartabatkan peranan guru sebagai tonggak pembinaan generasi masa depan.

“Alhamdulillah, saya telah menghamparkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 sebagai landasan kepada reformasi pendidikan negara yang menyeluruh dan berani.
“Reformasi pendidikan ini mempertegas semula asas jati diri dan kenegaraan, memperkukuh intervensi di awal usia kanak-kanak, serta memartabatkan peranan guru,” katanya.

image is not available

RPN 2026–2035 bukti reformasi berani pendidikan negara

Menurut Anwar, RPN 2026–2035 turut memberi penekanan kepada usaha memperkasa sistem pendidikan tinggi agar lebih terangkum dan adil, termasuk membuka akses lebih luas kepada pelajar miskin, pelajar berkeperluan khas serta bakat terbaik negara.

image is not available

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan pendidikan, selain melahirkan insan yang berilmu, beradab dan berdaya saing dalam mendepani perubahan global.

“Ikhtiar ini bukan sekadar mengubah struktur, tetapi membina insan yang berakar pada nilai, yakin pada identiti, cekal menghadapi perubahan, serta mampu mengangkat masa depan Malaysia dengan ilmu, adab dan ihsan,” ujarnya.

Artikel lain:  KPM sambut baik amanat PM Anwar, fokus tingkatkan kualiti pendidikan negara – Fadhlina Sidek

Terdahulu, Anwar melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035 di Putrajaya hari ini sebagai langkah reformasi menyeluruh pendidikan negara bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

RPN 2026–2035 merupakan rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara, bermula daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi, selaras aspirasi melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya tahan untuk jangka panjang.

Sumber: FB Anwar Ibrahim