RPO kesan akaun TikTok palsu guna suara Raja Permaisuri Agong

LocalTechnology
20 Aug 2025 • 6:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) mengesan satu akaun TikTok palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) meniru suara Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) mengesan satu akaun TikTok palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) meniru suara Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, RPO memaklumkan video berkenaan memaparkan suara Raja Zarith Sofiah kononnya berkaitan bantuan kewangan daripada Seri Paduka Baginda kepada orang ramai.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun palsu seumpama ini yang sering digunakan scammers bagi tujuan penipuan di platform media sosial.

"RPO ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” menurut hantaran tersebut.

Tular di aplikasi TikTok satu video berdurasi 33 saat menggunakan wajah dan meniru suara Raja Permaisuri Agong kononnya ingin membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved