RS-2: ADN Dusun Tua cadang perluas pembiayaan usahawan ke luar bandar

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 5:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

RS-2: ADN Dusun Tua cadang perluas pembiayaan usahawan ke luar bandar

SHAH ALAM, 10 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua mencadangkan semua inisiatif dan kemudahan pembiayaan usahawan Kerajaan Negeri diperluas kepada peniaga kecil, khususnya di kawasan luar bandar.

Datuk Johan Abd Aziz berkata usaha itu penting bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi negeri tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, sebaliknya dapat dinikmati masyarakat di seluruh negeri.

“Baru baru ini, Dusun Tua telah menerima rintihan keluhan para peniaga kecil, yang terkesan dengan beberapa isu seperti masalah tapak perniagaan, masalah kiosk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilihat kurang efisyen.

“Akibatnya, peniaga-peniaga ini terus dibelenggu dengan tanggungan kewangan, bayaran bulanan sewaan, tetapi bergelut dengan kaedah mencari pelanggan untuk hasil jualan mereka.

“Dusun Tua ingin mencadangkan sekiranya pihak agensi terlibat dapat mencari satu usaha alternatif agar golongan peniaga ini dapat berniaga dengan sah,” katanya ketika membahaskan usul Rancangan Selangor Kedua (RS-2) pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Image from: RS-2: ADN Dusun Tua cadang perluas pembiayaan usahawan ke luar bandar
Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Dalam pada itu, Johan memuji inisiatif Selangor Flood Mitigation Plan (SelFMiP) menerusi RS-2 yang disifatkan amat relevan bagi membantu kawasan yang kerap terjejas akibat banjir kilat.

Menurutnya, SelFMiP dijangka mampu menyelesaikan isu banjir kilat di beberapa kawasan di Dusun Tua termasuk Sungai Lui, Pekan Batu 18, Dusun Nanding, Sungai Serai dan Kampung Batu 10.

“Satu rangka pembaikan secara 'quick win' yang melibatkan kawasan ini juga dilihat mampu membantu mengurangkan kesan banjir yang bakal merosakan harta benda penduduk,” katanya.

Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memperkenalkan SelFMiP menerusi RS-2 sebagai pelan induk strategik mitigasi banjir negeri bagi memperkukuh daya tahan iklim dan pengurusan bencana.

Amirudin dilapor berkata pelan pertahanan banjir secara menyeluruh itu akan mengintegrasikan risiko iklim dalam perancangan dasar dan pembangunan daerah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved