Lima maut nahas kereta, treler

13 Feb 2020 • 11:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SUNGAI SIPUT - Lima individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan bayi dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Siput berhampiran Kampung Salak Stesyen di sini sebentar tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.26 malam.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki enam individu dan sebuah treler.

“Mangsa merupa dua wanita, seorang lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, seorang bayi. Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan cedera parah,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved