RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

LocalFamily & Parenting
17 Nov 2025 • 10:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengumumkan telah menghentikan sementara siaran siri animasi ‘Santiago of the Seas’ di TV2 susulan aduan penonton berhubung kandungan episod 22 yang disiarkan semalam.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran, menerusi satu kenyataan, berkata RTM mengambil maklum beberapa pandangan berhubung kandungan siri animasi yang disiarkan di TV2 pada jam 10 pagi semalam.

“Berdasarkan laporan Penilaian Kandungan dan semakan yang dilaksanakan, tiada perlakuan atau kemesraan yang menggambarkan hubungan pasangan sejenis, mahupun sebarang elemen yang menjurus ke arah itu

“Namun, bagi memastikan tiada elemen yang boleh menimbulkan keraguan atau sensitiviti masyarakat, RTM menghentikan siaran animasi berkenaan untuk membuat penelitian lanjut keseluruhan kandungan siri itu,” jelas kenyataan itu.

RTM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan semua kandungan yang disiarkan sentiasa mematuhi etika penyiaran dan tidak menimbulkan ketidaksenangan mana-mana pihak.

“Sehubungan dengan itu, RTM memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menimbulkan spekulasi yang tidak wajar serta merujuk terus kepada RTM bagi mendapatkan maklumat lanjut,” ujar kenyataan lagi.

BACA: Niat Nak Teman Suami Di Hospital, Isteri Tak Sangka Momen “Ini” Boleh Berlaku

image is not available

Sumber: RTM – Radio Televisyen Malaysia 

The post RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’ appeared first on Siakap Keli.