
RTM Hentikan Siaran Siri Animasi Cleopatra In Space
Jabatan Penyiaran Malaysia menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengambil pandangan berkenaan kandungan siri animasi Cleopatra In Space yang disiar menerusi saluran TV2.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook RTM, jabatan berkenaan memaklumkan rancangan tersebut disiarkan pada 18 April 2026 dan 19 April 2026, jam 9 pagi.
“Susulan daripada aduan tersebut, RTM telah menghentikan sepenuhnya siaran siri animasi berkenaan. Pada masa yang sama, siasatan dalaman yang menyeluruh turut dijalankan,” jelas kenyataan itu.
Tak Terfikir, Rupanya Ada Projek Selamatkan Makanan Harimau Malaya
'Biawak' Ada Paruh Burung Nuri, Macam Mustahil Tapi Haiwan Ini Pernah Wujud
Macam Mana Rupa Bangau Kalau Jadi Dinosaur?
Anak Orang Utan Borneo Spesies Terancam Lahir Di Zoo Madrid
Spesies Baharu Ditemui, Ini 3 Fakta Menarik Tentang "Peltidium Penyu"
Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa pihak RTM komited dan kekal berpegang kepada prinsip menyediakan kandungan yang berkualiti, selamat dan mematuhi sensitiviti terhadap masyarakat. Begitu juga agama dan norma budaya tempatan.
Dalam pada itu, RTM menzahirkan penghargaan buat penonton yang prihatin dan sentiasa memberi maklum balas yang membina agar pihaknya dapat menambah baik kualiti siaran.






