RTM mohon maaf gangguan teknikal siaran Perancis-Senegal

LocalFootball
17 Jun 2026 • 1:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RTM mohon maaf gangguan teknikal siaran Perancis-Senegal
RTM memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku pada platform RTMKlik ketika siaran langsung separuh masa pertama perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 antara Perancis dan Senegal, pada 3 pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku pada platform RTMKlik ketika siaran langsung separuh masa pertama perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 antara Perancis dan Senegal, pada 3 pagi tadi.

Ketua Pengarah Penyiaran Jabatan Penyiaran Malaysia, Ashwad Ismail berkata, gangguan tersebut berpunca daripada masalah teknikal luar jangka, yang menyebabkan sebahagian pengguna mengalami kesukaran untuk mengakses siaran secara lancar melalui RTMKlik.

Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan teknikal RTM bersama pihak penyedia teknologi telah mengambil tindakan bagi memulihkan perkhidmatan dengan kadar segera.

"RTM amat memahami kekecewaan para peminat sukan bola sepak yang menantikan perlawanan tersebut. Pihak kami amat menghargai kesabaran, sokongan dan maklum balas yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai penyiar rasmi kejohanan paling berprestij dunia itu, Ashwad berkata RTM sentiasa komited untuk memastikan pengalaman tontonan yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia, termasuk melaksanakan langkah pengukuhan infrastruktur dan sistem penyiaran digital setiap masa bagi mengurangkan risiko gangguan teknikal daripada berulang.

"RTM sekali lagi memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan akan terus berusaha memastikan kelancaran siaran kesemua 104 perlawanan (94 siaran langsung, 10 siaran tertunda) Piala Dunia FIFA 2026 dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan lebih lancar dan berkualiti,” katanya. -Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved