RTM Sabah, Tabung Haji buat program RDL di Keningau

22 Jan 2024 • 1:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Buat julung kalinya, RTM Sabah dan Tabung Haji Sabah menjalinkan kerjasama mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena program Radio RTM Di Lokasi (RDL) Jejak Masyarakat - Riuh Bertamu KeningauFM di Dewan Terbuka Kampung Rezab Lambanga Apin-Apin pada Sabtu.

Program ini melibatkan penyertaan para penyampai stesen radio KeningauFM, SabahFM dan SabahVFM serta Unit Penerbitan TV, selain pegawai-pegawai daripada Tabung Haji Sabah dan Tabung Haji Cawangan Bergerak Keningau.

Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim berkata, Program CSR yang pertama untuk tahun ini bertujuan menyantuni penduduk di kawasan Pedalaman yang terdiri daripada penduduk kampung, warga emas, golongan asnaf dan golongan yang memerlukan.

Katanya, program ini juga memberi peluang kepada RTM untuk mendekati para pendengar sekali gus mempromosi rancangan terbitannya.

View Original Article