RTM siar 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022

15 Aug 2022 • 8:34 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam satu majlis pelancaran yang berlaku di Pavillion Bukit Jalil, MenKOMM Tan Sri Annuar Musa mengumumkan yang RTM telah menjadi penyiar rasmi Piala Dunia Qatar 2022. Perlawanan pertama akan mengambil tempat pada 21 November 2022, 6 petang yang menyaksikan pertembungan antara Senegal dan Belanda.

Menurut MenKOMM, sebanyak 41 daripada 64 perlawanan akan disiarkan secara percuma. Daripada 41 perlawanan itu, 27 daripadanya adalah siaran langsung termasuklah perlawanan akhir manakala bakinya adalah siaran tertunda.

Kesemua perlawanan yang bakal ditonton adalah yang dipilih pihak penyiar berdasarkan ranking negara yang bertanding dan keadaan peminat di Malaysia. Sebanyak tiga saluran RTM akan menjadi medium penyaiaran iaitu TV2, TV Okey dan Sukan RTM. Kemudahan penstriman di APP RTM Klik juga boleh digunakan.

Majlis pembukaan Qatar 2022 pula akan diadakan sehari selepas perlawanan Senegal vs. Belanda iaitu pada 22 November 2022, 12 tengah malam waktu Malaysia di Stadium Al Bayt yang kemudiannya akan disusuli perlawanan pembukaan antara Qatar vs. Ecuador.

Edisi sebelum ini, Russia 2018 menyaksikan Perancis telah jadi juara dunia selepas menundukkan Croatia, 4 berbalas 2. Croatia melangkah kali pertama dalam sejarah negaranya ke perlawanan akhir dengan bergaya, walaupun tewas.