RTM siar Piala Asia Qatar 2023, ini jadual perlawanan Harimau Malaya

4 Jan 2024 • 3:36 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Penyokong pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya pastikan gembira apabila diumumkan perlawanan bola sepak Piala Asia Qatar 2023 yang bermula 12 Januari ini menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam pengumuman yang dibuat Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengatakan RTM turut akan menyiarkan perlawanan pasukan negara lain dan tidak hanya terhad kepada perlawanan membabitkan pasukan Harimau Malaya sahaja.

Jadual perlawanan Harimau Malaya di Piala Asia

Pasukan negara, Harimau Malaya yang akan membuka kempen Piala Asia 2023 pada 16 Januari ini, bakal berdepan cabaran besar apabila diundi bersama juara dua kali, Korea Selatan dalam Kumpulan E.

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Harimau Malaya:

PasukanTarikhWaktu (waktu Malaysia)Stadium 
Malaysia vs Jordan 16 Januari1.30 pagiStadium Al Janoub
Malaysia vs Bahrain20 Januari10.30 malamStadium Jassim Bin Hamad
Malaysia vs Korea Selatan25 Januari7.30 malamStadium Al Janoub

Selain menerusi TV, anda juga boleh menyaksikan perlawanan Piala Asia melalui:

Biasanya perlawanan bola sepak seperti ini hanya disiarkan oleh stesen televisyen berbayar seperti Astro dan bukan semua orang melanggannya, betul tak? Jadi apabila RTM menjadi penyiar rasmi, sudah tentu ia satu berita yang menggembirakan.

Tetapi harapnya siaran perlawanan melibatkan Malaysia adalah siaran langsung dan bukanlah siaran tertunda, jika tidak pasti ia akan mengecewakan ribuan penyokong Harimau Malaya.

[Sumber: RTM]