Ruang Rama, Ruang Acara Baru Di Petaling Jaya Menyambut Acara Pertama Dengan Hidangan Bufet Iftar 

LocalFood
14 Feb 2025 • 3:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ruang Rama, Ruang Acara Baru Di Petaling Jaya Menyambut Acara Pertama Dengan Hidangan Bufet Iftar

PETALING JAYA, 13 FEBRUARI 2025Ruang Rama, lokasi acara terbaharu di Petaling Jaya, membuka pintu dewannya dengan penuh kemeriahan menerusi sebuah majlis pelancaran yang meraikan semangat kebersamaan. Bersempena pembukaannya, Ruang Rama telah menganjurkan Bufet Iftar pada 12 Februari 2025, mengundang para tetamu untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana yang penuh bermakna.

Bufet Iftar ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional serantau yang kaya dengan rasa autentik, membawa pengalaman kulinari yang mencerminkan budaya. Menghidupkan lagi pengalaman berbuka, kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, mengalunkan melodi penuh harmoni. Kumpulan Nasyid ini akan membuat persembahan sepanjang bulan Ramadhan ini di Ruang Rama.

Azadan bin Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani, menyatakan, “Ini adalah peluang bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama Ruang Rama.”

image is not available

Penyanyi legenda Malaysia, Dato’ Aishah, juga turut membuat persembahan di malam Iftar Buffet Preview selaku artis undangan telah memukau para tetamu dengan persembahan bertenaga dan penuh jiwa. Menambah elemen budaya ke malam istimewa ini, persembahan gamelan menghidupkan suasana dengan alunan muzik tradisional, menjadikan malam tersebut satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

image is not available

Majlis Bufet Iftar ini turut dihadiri oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan, yang ingin menerokai Ruang Rama sambil bersama-sama meraikan acara istimewa ini. Antara tetamu yang hadir ialah Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, ahli kumpulan Popshuvit dan Bunkface, yang turut disertai oleh lebih 400 tetamu lain yang memeriahkan majlis ini.

Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, sebuah agensi pelancongan untuk perjalanan ibadah, bagi semua pengunjung yang menghadiri Bufet Iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025. Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah pakej Umrah percuma dan cuti pelayaran Star Cruise. Pengumuman ini menambah lagi keterujaan malam tersebut, menjadikan bufet ini di Ruang Rama satu pengalaman yang lebih dinanti-nantikan.

Dengan gabungan hidangan istimewa yang disusun rapi, persembahan yang menyentuh jiwa, serta layanan penuh mesra, Ruang Rama bersedia menjadi destinasi pilihan untuk majlis perkahwinan, perayaan, serta pelbagai acara korporat dan gaya hidup—dimulakan dengan perayaan Iftar yang benar-benar mencerminkan semangat Ramadan.

image is not available

Lebih daripada sekadar ruang acara, Ruang Rama direka dengan teliti di lokasi strategik di Klang Valley, lengkap dengan pakej promosi eksklusif serendah RM12,999+. Tawaran ini merangkumi sistem AV, dekorasi klasik, meja & kerusi, serta pelbagai kemudahan lain—menjadikan setiap acara lebih istimewa pada nilai yang luar biasa.

image is not available

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Iftar Buffet atau perkhidmatan Ruang Rama, hubungi +6012-230 5783.