Rugi RM 50K, Pelajar Wanita Universiti Dari Sabah Kena Scam ‘Kekasih’ Dalam Talian

17 Feb 2023 • 4:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelajar wanita tersebut rugi RM 50K.

Rugi RM 50K, Pelajar Wanita Universiti Dari Sabah Kena Scam ‘Kekasih’ Dalam Talian. Dilaporkan bahawa seorang pelajar universiti di Sabah telah rugi RM 50,000 gara-gara love scam baru-baru ini.

Pelajar wanita yang berusia 19 tahun tersebut telah berkawan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi Telegram pada 5 Februari lalu.

image is not available
Rugi RM 50K, Pelajar Wanita Universiti Dari Sabah Kena Scam ‘Kekasih’ Dalam Talian

Mengenali suspek melalui Telegram

Menurut sumber, mangsa dan suspek pada mulanya berinteraksi menerusi Telegram sebelum bertukar kepada WhatsApp sehingga menjadi kawan rapat.

Suspek kemudiannya meminta bantuan kewangan mangsa untuk membeli perisian permainan dalam talian.

Gara-gara cinta mangsa mempercayai suspek lalu mangsa melakukan beberapa pemindahan wang tunai ke dalam lima akaun bank berbeza.

image is not available

Suspek meminta wang yang lebih banyak

Mangsa sedar telah ditipu apabila suspek enggan membayarnya semula kemudian terus meminta wang lebih banyak. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Zaidi mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan individu yang tidak dikenali.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: