Rugi Sampai Berpuluh Juta Ringgit? Kerajaan Bagi 3 Sebab Kenapa FashionValet Gagal

LocalBusiness & Finance
15 Nov 2024 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, syarikat e-dagang popular iaitu FashionValet menjadi perhatian ramai sejak beberapa minggu lalu susulan gagal kekalkan kemajuan di platform digital hingga merugikan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasiona Berhad (PNB) sebanyak RM43.9 juta.

Melalui laporan Berita Harian, Menteri Kewangan II iaitu Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kongsikan tiga sebab utama jenama tempatan itu gagal mencapai apa yang diharapkan oleh orang ramai.

1. COVID-19 & Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Bukan hanya peniaga kecil terjejas akibat wabak COVID-19 tetapi FashionValet turut alami kerugian susulan impian untuk membuka kedai secara fizikal terbantut.

image is not available

Disebabkan itu, minat pengguna terhadap pakaian premium, termasuk tudung turun secara drastik dan sebilang besar kedai fizikal FV terpaksa ditutup kerana alami kerugian.

2. Berlaku persaingan dalam e-dagang

Banyak platform fesyen e-dagang lain yang menjual pakaian sopan beralih arah ke platform yang lebih mudah seperti Facebook dan platform tersendiri dan meninggalkan FV bersaing dalam suasana yang tidak lagi memihak kepada jenama tersebut.

image is not available

Sumber : WTW  

Susulan itu, FashionValet mengambil tindakan untuk menutup platformnya dan lebih fokus kepada jenama dUCK dan Lilit.

3. Hadapi cabaran dalam mengumpul dana

Oleh kerana berlakunya masalah aliran tunai, FashionValet menghadapi masalah untuk mengumpulkan dana tambahan dan pihak Khazanah serta PNB enggan melabur lebih banyak kerana terlalu berisiko.

image is not available

Bahkan, usaha untuk menarik pelabur baru turut menemui jalan buntu dan menjadi punca kewangan FV semakin merosot hari demi hari.

image is not available 1 week ago

FashionValet: SPRM Kesan Transaksi Mencurigakan Sejak 2018, Semua Barang Mewah Pernah ‘Show Off’ Di Instagram Kini Disiasat