Ruhainies Akhirnya Bersuara Isu Berpakaian Seksi Nampak Lurah

EntertainmentWomen's Fashion
13 Sep 2023 • 11:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kecoh pasal pelakon Ruhainies tampil berpakaian seksi sehingga nampak lurah dada ketika menghadirkan diri ke sebuah event telah mengundang kecaman netizen.

Menurut laporan mStar, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas sedar dengan kesilapannya itu dan tampil perjelaskan bahawa dirinya ketika itu tergesa-gesa hingga tidak sempat cuba lapisan inner yang dibeli sehari sebelum majlis berlangsung.

https://www.tiktok.com/@bpop.my/video/7277868372799294721

15 minit sebelum majlis baru saya pakai baju tersebut.. Apabila dah pakai, barulah saya perasan.

Susulan berpakaian seperti itu, ruangan komen Ruhainies penuh dengan kecaman netizen.

Tetapi, jika dilihat dengan betul, pelakon tersebut kelihatan kurang selesa dengan busana yang dipakai olehnya kerana sering menutup bahagian dada apabila bergambar ataupun buat video.

Kata Ruhainies lagi, rakan-rakan yang hadir di majlis tersebut turut terkejut dengan penampilan seksi itu kerana pelakon terbabit tidak pernah dilihat berani dalam berfesyen.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.