Ruhainies Akhirnya Putuskan Hubungan Dengan Aliff Aziz

Entertainment
7 May 2024 • 11:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ruhainies

Selepas hampir dua bulan kisah mereka menjadi bualan hangat masyarakat, aktres Ruhainies akhirnya bersuara dan mendedahkan dia tidak lagi berhubung dengan aktor tinggi lampai, Aliff Aziz.

Ujar pelakon berusia 31 tahun itu, fokusnya kini hanya pada kerja dan enggan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada. Tambah Ruhainies, dia juga berasa tiada lagi keperluan untuk berkomunikasi dengan aktor kelahiran Singapura tersebut selepas tamatnya penggambaran drama tersebut.

Ruhainies tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan lagi…

Bila ada kenyataan baru, takut tiada penghujung. Semua orang termasuk netizen dah penat sebab isu ini sudah semakin melarat hampir dua bulan.

Dalam pada itu, Ruhaineis juga menambah dia kini mahu menutup buku dan membuka buku yang baharu dengan memberikan fokus sepenuhnya pada kerjayanya.

Ruhainies akui dah tiada makna lagi hubungi Aliff Aziz…

Saya pun dah minta maaf. Harap semua pihak boleh ‘move on’ daripada saga ini. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia (Aliff dan Bella) lagi. Jadi fokus saya sekarang adalah karier.

Mungkin itulah kot yang terbaik buat Ruhainies. Semoga berjaya lah ya…

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved