Ruhainies Diusik Netizen, Suruh Cari Datuk Kaya Lebih Sepadan Berbanding Aliff

LocalEntertainment
24 Dec 2024 • 11:24 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon sensasi, Ruhainies sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas episod kontroversi bersama Aliff Aziz yang menggemparkan dunia hiburan sekitar Mac lalu.

Walaupun menafikan sebarang hubungan cinta dengan penyanyi lagu Sayang Sayang itu, kemesraan mereka di media sosial sering mengundang pelbagai spekulasi.

Apa yang menarik, segelintir netizen tampil dengan cadangan luar biasa apabila menyatakan bahawa Ruhainies lebih “sepadan” jika memilih pasangan yang kaya raya atau berpangkat datuk berbanding Aliff Aziz.

“Awak cantik, cari Datuk kaya lagi sesuai.”- Netizen.

image is not available

Seorang netizen meninggalkan komen berbunyi, “Alif tak sepadan dengan awak yang sangat lawa. Lebih baik cari bujang kaya-raya atau lelaki yang sudah berumur tapi berpangkat datuk.”

Respon ini mencuri perhatian apabila Ruhainies membalasnya dengan nada santai, mengucapkan terima kasih atas “cadangan” tersebut.

Dalam dunia seni, komen sebegini bukan perkara baru bagi Ruhainies. Sebelum ini, dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka namun memilih untuk merahsiakan identiti kekasihnya daripada umum.

image is not available

Sikap profesional Ruhainies yang fokus kepada kerjaya membuatkan ramai peminat tetap menyokongnya walau apa pun pilihan hidupnya.

#OhmediaNasihat

Setiap individu berhak membuat pilihan hidup mereka sendiri. Sebagai netizen, kita harus belajar untuk menghormati privasi dan keputusan selebriti.

Jangan terlalu mudah menjatuhkan spekulasi atau memberi tekanan yang tidak perlu. Sebaiknya, doakan yang terbaik dan fokus kepada perkara positif yang dapat memberi inspirasi kepada semua.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved