Rukun Tetangga Progresif, generasi muda diseru sertai untuk manfaat bersama – Aaron Ago

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 11:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyeru generasi muda untuk menyertai Rukun Tetangga (KRT) Progresif sebagai langkah aktif memberi sumbangan kepada komuniti melalui konsep “Manfaat Bersama” (Shared Benefits).

“Semua KRT di seluruh negara perlu menjadikan prinsip Manfaat Bersama ini sebagai roh perjuangan supaya setiap usaha, inisiatif dan kejayaan ekonomi dicapai dapat memberi nilai tambah kepada komuniti setempat,” katanya pada Majlis Jamuan Muhibah sempena Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga di KRT Kg. Kasipillay, hari ini.

image is not available

image is not available

Generasi muda diseru sertai Jiran Muda

Beliau menekankan bahawa keuntungan daripada aktiviti ekonomi komuniti boleh dimanfaatkan untuk menambah baik kemudahan bersama, seperti balai komuniti atau pusat aktiviti.

Selain itu, ia boleh digunakan membiayai program pendidikan dan latihan kemahiran untuk anak muda setempat.

Tambahan lagi, keuntungan ini turut menyokong bantuan kebajikan kepada golongan rentan dalam kawasan kejiranan.

image is not available

Tegas beliau, platform Jiran Muda perlu digerakkan dengan sekurang-kurangnya 30 peratus keahlian KRT daripada golongan muda.

“Sebagai rekod, sehingga kini terdapat seramai 34 orang Pengerusi KRT berumur di bawah 30 tahun,”katanya lagi.

image is not available

Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga diadakan sebagai platform menghargai pencapaian KRT sepanjang lima dekad penubuhannya.

Sehingga kini, terdapat 8,586 KRT di seluruh negara, dengan KRT terawal diwujudkan pada 1 Januari 1974 di Kampung Baru Macap Baru, dan penubuhan rasmi KRT seluruh negara berlangsung pada 29 Ogos 1975 di Kampung Kasipillay, Kuala Lumpur.

image is not available

Majlis turut menyaksikan perasmian Monumen 50 Tahun Jubli Emas Rukun Tetangga sebagai simbol pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan sukarelawan KRT sepanjang lima dekad.