Rumah dijadikan kedai runcit, jual minuman keras digempur

16 Jul 2022 • 11:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggempur 11 kediaman yang dijadikan kedai runcit serta menjalankan aktiviti penjualan minuman keras di Meru di sini pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, perniagaan yang dijalankan oleh warga asing itu didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.

Menurutnya, sitaan barang-barang perniagaan bernilai puluhan ribu ringgit dilakukan dalam operasi tersebut yang merupakan serbuan kali ketiga dilakukan di lokasi sama pada tahun ini.

"Bertindak atas maklumat orang awam, MPK menggempur premis-premis perniagaan yang dikendalikan warga asing dan menemukan aktiviti penjualan minuman keras di sebalik kediaman yang dijadikan kedai runcit.

"Hasil pemeriksaan terhadap 11 buah premis kediaman yang diubah suai menjadi premis perniagaan mendapati kesemua aktiviti perniagaan tidak mempunyai lesen perniagaan," katanya menerusi kemyataan dikongsikan di Facebook MPK pada Sabtu.

Beliau berharap, aktiviti perniagaan tanpa lesen itu dapat dikekang menerusi kerjasama oleh warga tempatan dengan MPK pada masa depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved