Rumah dipecah masuk, wanita tergamam selepas hampir 10 jam hadap trafik sesak

16 Apr 2024 • 11:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita meluahkan tergamam setelah melihat keadaan rumahnya yang dipecah masuk oleh individu tidak bertanggungjawab sewaktu ketiadaan mereka.

Rumah dipecah masuk ketika balik raya!

Menerusi hantaran tular, wanita tersebut memaklumkan mereka sekeluarga baru pulang dari kampung halaman yang terletak di Kedah.

Namun, perasaan hancur berkecai dan tergamam apabila melihat rumah berada dalam keadaan berselerak.

image is not available

Apa yang lebih membuatkan wanita berkenaan tergamam dan kecewa apabila kepenatan hampir 10 jam dalam kesesakan trafik ‘raya’ dibalas dengan situasi tersebut.

“Hadap jem dari Kedah hampir 10 jam. Sampai je KL (Kuala Lumpur), tengok rumah dah berselerak (emoji menangis),”luah individu terbabit.

image is not available

Dalam hantaran tersebut juga jelas menunjukkan beberapa bilik termasuk ikan peliharaan dalam akuarium turut menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab tersebut.

“Ikan 14 ekor yang tak bersalah ni pun jadi mangsa. Allahuakbar. Berapa hari tanpa oksigen,”luahnya lagi.

image is not available

Wanita berkenaan menyifatkan kejadian yang menimpa mereka sekeluarga itu adalah dugaan yang mengakibatkan trauma.

“Dugaan kami sekeluarga semasa pulang beraya ke kampung halaman. Trauma sangat,”tulisnya pada hantaran video berdurasi 48 saat itu.

@syazaaein_

Dugaan kami sekeluarga semasa pulang raya ke kampung halaman traumaaa sangat #takdir #dugaankehidupan

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Dah buat report sebelum balik kampung!

Dalam ruangan komen, individu berkenaan memaklumkan dia sudah mengisi borang pulang ke kampung halaman di balai polis bagi memastikan rumah dalam keadaan selamat. Bagaimanapun, ia tetap berlaku.

image is not availableimage is not available

Sumber : TikTok @syazaaein_