Rumah dirempuh treler, wanita maut tertimbus dalam runtuhan

3 Aug 2024 • 10:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa dari runtuhan rumah pada Sabtu. Foto JBPM

image is not available
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang ditemui dibawah treler yang terbabas merempuh rumah di Kampung Ketapang Hilir, Pekan pada Sabtu.

KUANTAN - Seorang wanita ditemukan maut di bawah runtuhan selepas rumah didiami dirempuh treler terbabas di Kampung Ketapang Hilir, Pekan pada awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 4.46 pagi itu, treler membawa barangan pelbagai terbabas dan melanggar rumah jenis separuh kekal didiami lima individu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian jam 4.46 pagi.

Menurutnya, anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan dan Peramu tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudiannya.

**media[2751102]**

"Ketika tiba, pihak bomba dilaporkan seorang mangsa perempuan tertimbus di bawah runtuhan sebelum operasi pencarian digerakkan.

"Hasil pencarian dijalankan, mangsa yang dilaporkan tertimbus berjaya ditemui di bawah treler di bahagian hadapan dan dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa yang disahkan telah meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, dua penghuni rumah berkenaan selamat manakala dua lagi cedera.

"Pemandu treler dan kelindan turut cedera. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved