Rumah, dua kereta musnah terbakar di Papar

26 May 2025 • 9:20 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jeremy S Zabala

PAPAR: Sebuah rumah dan dua kereta musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Laut Kinarut, di sini, pada Ahad.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sepasukan 10 anggota yang diketuai oleh Pegawai Dahlan Jainuddin bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 8 pagi.

Setibanya di lokasi, katanya, pasukan itu menjalankan operasi bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah lain di kampung berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bantuan tambahan turut digerakkan dari balai bomba Putatan dan Penampang serta polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kesihatan serta pegawai dari Sabah Electricity.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya jam 8.39 pagi, yang menyaksikan sebuah rumah musnah, dua rumah lain rosak teruk, dua kenderaan musnah dan sebuah motosikal turut mengalami kerosakan, tambahnya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.08 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved