Rumah Jadi Port Tinggalkan ‘Harta’ Oyen Milik Jiran, Solusi Lelaki Ini Buat Cuit Hati Netizen

10 May 2023 • 1:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dah hantar warning dekat group whatsapp, tapi tak jalan jugak

Rumah Jadi Port Tinggalkan ‘Harta’ Oyen Milik Jiran, Solusi Lelaki Ini Buat Cuit Hati Netizen. Geramkan kucing jiran suka sangat berak di laman rumah kita, dah bagi warning dekat group whatsapp residen pun tak jalan jugak.

Mujur ada jiran yang baik hati, kalau tak? Hmm memang bawak gaduh jadinya. Bagi orang yang tidak gemar akan kucing mungkin mereka tidak biasa dengan persekitaran haiwan ini dan baunya.

image is not available
Rumah Jadi Port Tinggalkan ‘Harta’ Oyen Milik Jiran, Solusi Lelaki Ini Buat Cuit Hati Netizen

Lelaki ini luah perasaan kecewanya menerusi ciapan di laman Twitter nya

Jika kita memelihara kucing, kita juga haruslah menjaga kebersihan lebih-lebih dengan jiran kita. Seperti luahan lelaki ini di media sosial apabila kucing milik jirannya sering kali meninggalkan ‘harta’ di depan rumahnya.

Yang geramnya, sudah diberi warning dekat group whatsapp residen, tapi owner kucing masih buat dek je.

image is not available

Rumah aku jadi port kucing berak, hari2 kena cuci taik kucing. Kadang2 sampai 4x sehari dia berak sampai aku kena hantar warning kat group residen.”

Dah bubuh cat repellent pun masih tak jalan, akhirnya lelaki ini buat jalan penyelesaian lain buat netizen cuit hati. Lelaki ini buat keputusan untuk pergi keluar sediakan tempat untuk kucing Oyen membuang hajatnya.

image is not available

Untuk setelkan masalah dia berak merata… sediakan tempat utk dia berak je la. Setel. letak tak sampai 5 minit dia dah boh isi. Dah mmg hari2 kena buang taik pun, apa kata aku senangkan hidup dia bg dia tempat nak berak kan?”

Komen netizen juga mencuit hati hingga ramai yang boleh relate dengan perangai kucing yang degil ini. Jumpa pulak dengan problematic Oyen ni

image is not available

image is not available

Dan buat pemilik kucing, korang kena cakna dalam hal ini kerana anda boleh dikenakan denda sehingga RM1000 tau! Korang biarkan kucing berak di merata, boleh disaman oleh pihak berkuasa.

Lagi artikel menarik di bawah, baca pautan ini:

View Original Article