Rumah keluarga Sidek bakal jadi warisan, pamer koleksi raket badminton

29 Aug 2024 • 1:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 29 OGOS: Koleksi piala, pingat termasuk raket badminton dimiliki keluarga Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar bakal dipamerkan di kediaman mereka di Kanchong Darat, Banting.

Menurut EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah, kediaman yang bakal dijadikan rumah warisan dan tarikan pelancongan terbaharu negeri sedang dibincang bersama Jabatan Warisan sebelum dimuktamadkan.

“Kita juga akan perbaiki reban ayam yang sinonim dengan anak-anak Sidek. Reban ayam ini ‘rumah kedua anak-anak Sidek’ jika mereka didenda akibat melakukan kesalahan,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Dr Mohmed Misbun Datuk Mohd Sidek berharap usaha menjadikan rumah keluarganya sebagai rumah warisan lancar dan diketahui ramai untuk membuat kunjungan.

November lalu, Selangor menganjurkan Pameran Anak-anak Sidek memparkan kejayaan keluarga Allahyarham Sidek yang membentuk lima anak lelakinya sebagai pemain badminton ternama dunia.

Allahyarham turut melatih Misbun, Razif, Jalani, Abdul Rahman dan Abdul Rashid di gelanggang kediamannya di Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat.

Koleksi dipamerkan termasuk pingat kejohanan dunia badminton, Men Doubles Winne, Keseluruhan England, Komanwel, Sukan Asia, Sukan Sea dan cenderamata lima beradik itu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved