Rumah Kena Pecah Masuk & Peti Besi Dicuri, Usahawan Wanita Rugi RM3.5 Juta – “Ada Jongkong Emas, Beg Berjenama, Barang Kemas”

5 Mar 2024 • 1:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Akibat rumahnya dipecah masuk, seorang usahawan wanita mengalami kerugian sekitar RM3.5 juta selepas peti besinya yang mengandungi barangan berharga dan wang tunai dicuri dari rumahnya di Padang Balang, Sentul.

 

Dirompak ketika rumah tiada orang

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Ashari Abu Samah, mangsa berusia 46 tahun telah membuat laporan polis pada awal pagi Isnin.

Ketika kejadian, rumah mangsa tidak berpenghuni dan kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya telah dirosakkan suspek.

image is not available

Katanya lagi, pasukan forensik turut dipanggil ke lokasi bagi membantu siasatan dan satu kertas siasatan telah dibukan dan kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 

Jongkong emas, beg & barang kemas lesap

Anggaran kerugian adalah sebanyak RM3.5 juta kerana ia membabitkan jongkong emas, beberapa buah beg tangan pelbagai jenama, barangan kemas milik ahli keluarganya dan wang tunai.

image is not available

Tambah Ashari, kes masih dalam siasatan dan pihaknya berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu untuk tampil ke IPD Wangsa Maju atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

image is not available 2 months ago

"Baik Lah Macam Mana Pun.." - Curi Telefon Bimbit Anak Serta Wang, Elvina Mohamad Panas Pembantu Lari Rumah