Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran

29 May 2023 • 10:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran

MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah tapak pembinaan musnah dalam satu kebakaran di Bertam, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu Mohamed Azuani Mat Yusuf berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang sebelum tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Kebakaran membabitkan lapan pintu rumah kongsi termasuk beberapa stor menyimpan kabel dan petrol itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.31 malam ini.

“Kira-kira 100 mangsa membabitkan buruh binaan warga asing tinggal di rumah kongsi berkenaan namun tiada yang dilaporkan cedera ketika kejadian,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata 14 anggota daripada BBP Tangga Batu, Cheng dan Ayer Keroh terlibat dalam operasi itu termasuk tiga jentera pemadaman.

Katanya antara masalah dihadapi pasukan penyelamat adalah ketiadaan bekalan sumber air kerana taman perumahan itu masih dalam pembinaan dan pihaknya menggunakan bekalan air sepenuhnya daripada jentera.

Pusat Beli Belah Mid Valley Dilaporkan Terbakar

Insiden kebakaran tersebut turut dirakam oleh orang ramai yang berada berdekatan dengan bangunan dari pelbagai arah.

Menerusi beberapa hantaran warga maya di Twitter, terdapat kepulan asap hitam dan api yang marak keluar daripada dalam bangunan terbabit.

Sumber: BERNAMA