Rumah lebih selamat, elak kecurian dengan teknologi Smart Door Lock, siap ada remote

Digital
28 May 2023 • 12:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

MEMAHAMI kebimbangan orang ramai terhadap isu kecurian, AQARA Malaysia memperkenalkan Smart Door Lock.

Hadir dengan tiga model pilihan iaitu Smart Door Lock N100, A100 dan D100 Zigbee, peranti itu ditawarkan pada harga bermula RM1,199.

Jenama tersebut dalam laman web rasminya berkata, kunci pintu pintar tersebut akan disambungkan dengan aplikasi Aqara Home untuk kendalian lebih mudah.

“Berfungsi secara automatik dengan sistem penguncian pintar, visual kamera pemantauan akan dihantar terus ke peranti pemilik jika berlaku sebarang pencerobohan,” kata label tersebut.

image is not available

Ciri sekuriti turut ditambah baik dengan ekstra tiga silinder pengunci, cip keselamatan pada lapisan dalam dan sistem penggera.

Berikut ciri-ciri lain Smart Door Lock:

  • Imbasan cap jari dengan ketepatan 98.6 peratus untuk membuka pintu.
  • Sokongan aplikasi tambahan untuk kunci kawalan jauh seperti Google Assistant dan Google Home.

image is not available

  • Sembilan pilihan kaedah membuka pintu, antaranya nombor pin, kad NFC dan kunci mekanikal.
  • Sokongan Apple Home Key membolehkan pengguna membuka pintu hanya menggunakan telefon atau jam pintar.
  • Lapisan jenis nano untuk perlindungan suhu ekstrem, anticalar dan tahan lasak.

 

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.aqara.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article