Rumah licin ‘dikerjakan’ perompak

10 Nov 2026 • 2:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rumah licin ‘dikerjakan’ perompak

PETALING JAYA – Sebuah keluarga berdepan kerugian besar apabila kediaman mereka di Flat Ken Rimba, Shah Alam, didakwa dirompak sehingga hampir keseluruhan barangan termasuk barang kemas dan wang simpanan dilarikan ketika mereka tiada di rumah.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @khanyasmin_henna, yang meluahkan rasa sedih apabila adik dan adik iparnya terpaksa berdepan ujian berkenaan.

Lebih menyedihkan, individu terbabit didakwa turut melarikan pelbagai kelengkapan rumah seperti televisyen, kabinet, dapur, tong gas, tilam, meja, kerusi dan rak.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa kejadian sama di kawasan berkenaan selain mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati.

“Saya dulu pun kena rompak dekat Ken Rimba. Habis duit, emas, laptop, telefon semua dia ambil. Kalau ingat memang sakit hati. Saya dulu duduk Blok A tingkat satu. Sesiapa nak duduk Ken Rimba memang kena hati-hati,” komen @naptune251_.

“Orang dalam ni. Mereka nampak orang baru pindah masuk, masa pindah nampak barang-barang semua bawa masuk rumah. Hari kejadian nampak orang tak ada rumah, terus rompak,” tulis @alias_knightly pula.

“Macam Kassim Baba, semua dia angkut. Macam mana boleh angkut barang besar-besar selamba macam itu sahaja, duduk flat pula tu,” komen @ina_aziz123.

“Kenapa rasa macam orang dalam kawasan atau flat itu juga? Sebab barang besar-besar, kena bawa turun lif bagai. Apa-apa pun semoga Allah bagi rezeki yang lebih baik selepas ini,” tulis yang lain.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan dan berharap mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Rumah licin ‘dikerjakan’ perompak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved