
Tuaran: Dua beranak sempat menyelamatkan diri apabila rumah mereka musnah disambar api di Kampung Malangang Baru, Kiulu di sini, pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata kejadian itu berlaku pada jam 12.55 tengah hari itu.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 tengah hari,” katanya pada Rabu, sebelum menambah, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam insiden itu.
Sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti UnitSPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Apabila tiba di lokasi, pasukan kami mendapati sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal telah musnah 80 peratus,” katanya.
Menurut Abdul Qawie, cuaca panas menyebabkan api merebak dengan cepat namun penghuni sempat keluar menyelamatkan diri.
“Sebahagian harta benda dan dokumen milik penghuni tidak sempat diselamatkan,” tambahnya.
Menurutnya, api dapat dikawal pada jam 1.41 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.05 petang.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) hanya dikenali sebagai John, 32, yang bekerja di kawasan berhampiran, mendakwa beliau mendengar beberapa letupan sebelum menyedari kejadian kebakaran itu. “Pada awalnya, saya mendengar bunyi letupan beberapa kali sebelum bekalan elektrik terputus.
“Saya dan seorang lagi rakan sekerja kemudiannya keluar dari bangunan pejabat dan melihat kepulan asap tebal sebelum menghubungi pihak bomba,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
