Rumah Nilai Berjuta Tapi Kualiti Teruk, Pemaju Perumahan Di Kuching Ini Dikritik Netizen

9 Mar 2023 • 1:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bayar berjuta tapi kualiti tak sepadan dengan nilai

Rumah Nilai Berjuta Tapi Kualiti Teruk, Pemaju Perumahan Di Kuching Ini Dikritik Netizen. Bayangkan anda membayar banyak untuk sesuatu yang mengharapkan ia berkualiti tetapi pada akhirnya, kualiti produk tersebut tidak sepadan dengan nilainya – boleh difahami, anda akan berasa kecewa.

Inilah yang menimpa seorang wanita ini apabila beliau meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap sebuah pemaju perumahan di Kuching apabila rumah yang dibelinya dengan harga RM1.2 juta berada dalam keadaan teruk dan aduan untuk membaiki kerosakan di rumahnya tidak diendahkan pemaju perumahan.

image is not available
Rumah Nilai Berjuta Tapi Kualiti Teruk, Pemaju Perumahan Di Kuching Ini Dikritik Netizen

“Kalau harga beratus ribu, masih dapat tutup mata,”

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Nadirah Nad berkongsi kemarahan dan kekecewaannya di Facebook terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan berhubung kualiti rumahnya yang dibelinya dengan harga RM1.2 juta, yang dikatakan dalam keadaan sangat teruk.

Menurutnya, rumahnya telah mengalami keretakan dan bocor yang menjadi lebih teruk apabila hujan.

image is not available
Cebisan siling rumah yang jatuh di atas lantai. Kredit: FB Nadirah Nad

image is not available
Keadaan rumah tersebut yang tidak memuaskan. Kredit: FB Nadirah Nad

Walaupun memfailkan aduan dan meminta kontraktor pemaju perumahan itu datang beberapa kali untuk melakukan sesuatu terhadap kerosakan terbabit, beliau menyatakan bahawa tiada perbezaan malah masalah menjadi lebih teruk.

Difahamkan, keretakan dan kebocoran di sekeliling rumah tetap datang semula walaupun ‘diperbaiki’. Situasi kerosakan berkenaan bertambah teruk sehingga Nadirah terpaksa menukar sendiri beberapa bahagian dinding dan lantai yang berkulat akibat hujan.

Pemaju perumahan menghantar surat pemberhentian menyebabkan wanita terbabit bertindak lanjut

Keadaan menjadi lebih buruk apabila pemaju perumahan terbabit menghantar surat pemberhentian kepada Nadirah, yang Nadirah bertindak balas dengan mendapatkan peguam untuk perkara itu diambil tindakan undang-undang.

Difahamkan Nadirah juga mempunyai latar belakang dalam bidang pembinaan melalui ibunya dan beliau sudah biasa dengan cara kerja binaan.

image is not available
Luahan Nadirah menerusi Facebook mengenai isu terbabit. Kredit: FB Nadirah Nad

image is not available
Surat pemberhentian yang dihantar oleh pemaju perumahan terbabit. Kredit: Facebook

image is not available
Susulan menerima surat pemberhentian terbabit. Kredit: FB Nadirah Nad

Berhubung surat pemberhentian berkenaan, ramai netizen meluahkan rasa marah mereka terhadap pemaju perumahan terbabit kerana enggan bertanggungjawab di atas mutu kerja rumah yang kurang baik.

Ramai netizen menyatakan ia adalah tidak adil bagi pelanggan yang membeli hartanah bernilai jutaan tetapi menerima hasil kerja yang tidak berkualiti. Tambahan pula, ramai yang menasihati Nadirah untuk terus berjuang bagi memastikan haknya dilindungi.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Tak senang pula hati kalau dah beli harta bernilai besar tetapi kualitinya tak sepadan dengan nilainya.

Lagi di sini:

View Original Article