Rumah panjang lansaran Murut bakal jadi mercu tanda baharu Kemabong

24 Apr 2024 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

Tenom: Daerah Tenom akan mempunyai satu lagi mercu tanda iaitu rumah panjang lansaran Murut di Pekan Kemabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, pembinaan fasa pertama rumah panjang itu sudah pun siap.

Katanya, pembinaan fasa kedua akan menyusul dengan kos RM2 juta yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan kerjanya ke Kemabong pada Disember tahun lalu.

Rubin yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) berkata, pembinaan fasa kedua kini dalam proses tender melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (SDO).

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Dengan siapnya rumah panjang ini kelak, kita akan mewujudkan galeri untuk semua suku kaum yang terdapat di negeri ini seperti sub etnik Murut iaitu Tahol, Timugon, Nabai, Paluan, Bookan, Kolor Tangala, Tangara dan pelbagai kaum yang lain seperti Lundayeh, Dusun, Kadazan, Melayu dan juga kaum Tiong Hwa.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Parlimen Tenom dan Pejabat Adun Kemabong di Dewan Sri Panglima Antenom di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Rubin berkata, sambutan pesta Kalimatan Peringkat Negeri akan diadakan pada Julai ini dengan pelbagai pengisian aktiviti berkaitan kebudayaan suku kaum Murut yang ada di negeri ini.

Katanya, ia dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pada penghujung Mac lepas Pesta Kalimaran telah dianjurkan di peringkat DUN Melalap tetapi pada ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa maka untuk peringkat negeri kita tunda ke Julai,” kata Rubin.

Katanya lagi, penundaan turut dibuat bagi memberi laluan kepada penganjuran Pesta Kaamatan yang dijangka sehingga Jun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.