Rumah panjang terbakar, 171 penghuni tinggal sehelai sepinggang

23 Aug 2022 • 3:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIBU: Seramai 171 penghuni rumah panjang (Rh) di Km 58, Jalan Sibu-Selangau, tinggal sehelai sepinggang selepas Rh Jugan yang didiami mereka musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Enam bayi serta seorang Orang Kurang Upaya (OKU) adalah antara penghuni rumah panjang 37 pintu itu yang sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dengan dibantu pasukan dari BBP Sungai Merah digerakkan ke lokasi sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 pagi.

“Ia melibatkan rumah panjang struktur tidak kekal berkeluasan 158.5 meter persegi X 54.8 meter persegi yang terbakar 98 peratus. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat 12.30 tengah hari kerja-kerja overhaul masih lagi dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.-Bernama