Rumah papan musnah terbakar di Keningau

11 Jan 2026 • 10:05 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Sebuah rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Bulu Silou pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 8.55 malam sebelum jentera yang digerakan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.01 malam.

“Setibanya di lokasi dilaporkan anggota bertugas mendapati sebuah rumah papan sedang terbakar.

“Maklumat lanjut mengenai saiz serta peratus kemusnahan kebakaran masih dalam penilaian,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba kemudianya menjalankan operasi pemadaman dan kawalan bagi mengelakan api merebak ke struktur berhampiran.

Turut berada di lokasi bagi membantu dan menyelaras operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Sabah Electricity (SE).

Sementara itu Severinus berkata pihaknya turut menerima satu panggilan kecemasan melibatkan kes kereta terkunci pada hari sama di Lot Parkir Pejabat Daerah, Bahagian Urusetia Keningau.

Menurutnya panggilan diterima pada jam 11.33 pagi dan jentera digerakan segera ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi sebuah Proton Saga didapati terkunci dari dalam.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas,” katanya.