‘Rumah pelacuran itu perlu’ – Kenyataan Rosyam Nor dikritik, netizen kata sudah tersasar

Music
8 Jan 2024 • 4:36 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon Rosyam Nor sekali lagi menarik perhatian ramai apabila membuat satu kenyataan yang sangat mengejutkan.

Menerusi satu podcast Hitam Putih Kehidupan, Rosyam menyatakan rumah perlacuran perlu diwujudkan.

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita. #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Podcast Hitam Putih Kehidupan

Beliau mengambil contoh dengan kedatangan pendatang asing yang berhijrah ke Malaysia seramai 3 juta orang telah meninggalkan isteri dan keluarga.

Katanya, situasi itu menyebabkan pendatang asing yang rata-ratanya adalah lelaki sudah lama tidak melakukan hubungan seks.

“Namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? Dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.

“Boleh jadi sampai ke tahap tu,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya rumah pelacuran individu tersebut sekurang-kurangnya dapat melanggan dan membayar (pelacur).

“Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi bayar di sana.Ini pandangan peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul,” katanya.

Kenyataan beliau sebaliknya disanggah netizen dan menganggap kenyatan itu sudah tersasar jauh.

Tak nak ketinggalan berita terkini? Sertai kami di Facebook, Instagram, X (Twitter), Telegram, WhatsApp dan Threads!