Rumah Putih: Trump Masih Presiden AS Walaupun Demokrat Menang

WorldPolitics
4 Nov 2026 • 11:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rumah Putih: Trump Masih Presiden AS Walaupun Demokrat Menang

ISTANBUL, 4 Nov (Bernama-Anadolu) -- Rumah Putih pada Rabu memuat naik gambar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang membongkok di atas meja Resolute Desk, disertai mesej: "Makluman khidmat awam: Trump masih Presiden anda", lapor Anadolu Ajansi.

Hantaran menerusi akaun Rumah Putih di platform media sosial X itu dibuat selepas Parti Demokrat mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa, apabila berjaya menguasai Dewan Perwakilan dan Senat, sekali gus menamatkan penguasaan Parti Republikan di Kongres.

Keputusan itu dijangka memberikan Parti Demokrat pengaruh lebih besar untuk menyekat agenda perundangan Trump, memandangkan Parti Republikan sebelum ini hanya memiliki majoriti tipis di kedua-dua dewan.

Trump sebelum ini mengakui bahawa Parti Demokrat "melakukan tugas dengan baik" dalam pilihan raya itu, namun berpendapat calon Parti Republikan mungkin memperoleh keputusan lebih baik sekiranya namanya turut tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan.

Beliau turut berkata pengundi menyokong dasarnya terhadap Iran, tetapi "mungkin tidak bersedia" menerima kesan jangka pendek berupa kenaikan harga petrol.

Sambil memuji calon Parti Demokrat kerana berkempen "bersungguh-sungguh", Trump menegaskan keputusan pilihan raya itu bukan satu "tamparan terhadap saya".

Baca juga:

Presiden itu berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Parti Demokrat dalam "banyak, banyak perkara", termasuk isu imigresen.

-- BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved