Rumah runtuh di Lawas, wanita terperangkap dihempap almari

13 Apr 2025 • 10:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Enam sekeluarga berhadapan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Banting, Lawas, Sarawak runtuh ketika sedang nyenyak tidur awal pagi Ahad. Foto ihsan JBPM Sarawak

LAWAS - Enam sekeluarga berhadapan detik cemas apabila kediaman mereka runtuh ketika sedang nyenyak tidur awal pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata, insiden berlaku di Kampung Banting, dekat sini.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.10 pagi dan segera mengaktifkan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi.

“Setibanya empat minit kemudian pasukan mendapati rumah jenis tidak kekal itu telah roboh keseluruhan.

“Lima daripada enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan kecederaan ringan manakala seorang wanita terperangkap kerana kakinya dihempap oleh almari," katanya.

Secara berhati-hati kata Ling Hii, pihaknya menggunakan spining board untuk mengeluarkan kaki mangsa, sebelum dipasang c-collar bagi mengelakkan sebarang kecederaan lanjutan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lawas untuk pemeriksaan lanjut.

Punca kejadian katanya, masih dalam siasatan manakala kesemua mangsa telah berpindah ke rumah saudara terdekat. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved