‘Rumah saya turut dinaiki air’: MB Kelantan

27 Dec 2023 • 1:37 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Banjir teruk yang melanda Kelantan, turut menyebabkan kediaman Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Kampung Meranti, Pasir Mas dinaiki air.

Mohd Nassuruddin memaklumkan, paras air naik mendadak mulai tengah malam tadi.

“Paras air naik agak cepat. Lewat malam tadi kawasan rumah saya turut dinaiki air dan sekitar Kg Meranti.

“Alhamdulilah, pagi ini masih dapat melaksanakan tugasan rasmi ke pejabat untuk memimpin Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim,” katanya menerusi Facebook hari ini.



Beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan yang bertindak pantas memindahkan mangsa banjir, susulan air naik mendadak di kampung berkenaan.

“Diharap semua mangsa dan rakyat dapat terus waspada terhadap maklumat semasa untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Awasi anak-anak dan keluarga, di samping berdoa agar keadaan segera pulih,” katanya.

image is not available
Mohd Nassuruddin Daud menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong dan Sekolah Kebangsaan Chicha Tinggi. - Gambar Facebook Mohd Nassuruddin Daud, 27 Disember, 2023

Setakat pagi ini, Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah itu menyaksikan peningkatan daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam. - 27 Disember, 2023