
KOTA BHARU – Tujuh sekeluarga berdepan detik cemas apabila dua rumah sewa yang mereka tinggal di Kampung Kota Jembal di sini sejak 17 tahun lalu hangus dijilat api selepas berlaku litar pintas di salah sebuah kediaman tersebut hari ini.
Dalam kira-kira pukul 5 pagi itu, peniaga pasar malam, Zairini Hamzah, 52, dan keluarga anaknya Hazwani Padlisah, 32, kini tinggal sehelai sepinggang selepas tidak sempat menyelamatkan barangan di dalam kedua-dua buah rumah.
Zarini berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas di rumah Hazwani yang terletak di sebelah rumah sebelum api merebak ke kediamannya.
Katanya, dia ketika itu sedang tidur terus berlari mengejutkan dua cucu yang berusia dua dan enam tahun sebelum keluar dari rumah tersebut.
“Saya hanya sempat mencapai beg tangan yang mengandungi wang dan semua dokumen termasuk surat pajak gadai.
“Semua stok barang makanan yang disimpan di dalam peti ais untuk dijual di pasar malam Kota Jembal esok turut terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Zairini memberitahu, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar lintas di rumah anaknya kerana sistem pendawaian di kediaman tersebut sudah lama. – KOSMO! ONLINE
The post Rumah sewa dua beranak hangus terbakar akibat litar pintas appeared first on Kosmo Digital.



![[KEMASKINI] Bapa dan anak ditemui rentung berpelukan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-26-at-09.50.53-1024x683.jpeg)