Rumah terbakar di pangsapuri Sri Taman

8 Apr 2025 • 1:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Sebuah rumah di tingkat satu sebuah blok pangsapuri Sri Taman, di sini, terbakar 90 peratus pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 petang.

Pasukan enam anggota dikerah ke lokasi dan tiba empat minit kemudian.

“Operasi terkawal pada jam 1.18 petang dan ditamatkan pada jam 1.33 petang.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca serta anggaran kerugian masih disiasat,” katanya.