Rumah terbakar di Sipitang

3 Jul 2025 • 9:57 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Penghuni sebuah rumah tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka itu musnah dalam kebakaran di Kampung Marin, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 petang melalui talian MERS999.

“Sepasukan enam anggota bomba bersama jentera dan kenderaan EMRS dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pasukan tiba beberapa minit kemudian dan terus menjalankan operasi pemadaman,” katanya.

Menurut Calvin Joe, kebakaran melibatkan sebuah rumah sewa dua pintu jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan menggunakan sumber air dari jentera. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 4.15 petang sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved