Rumah Terbakar: Wanita Warga Emas Maut Di FELCRA Lubuk Sireh

13 Jan 2023 • 7:03 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

PADANG BESAR - Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata dalam kejadian lebih kurang 1.20 tengah hari itu, wanita tersebut terperangkap di dalam rumahnya.

"Setelah kebakaran berjaya dipadamkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 1.35 tengah hari, mereka menemukan mayat seorang wanita berusia 61 tahun itu di dalam sebuah bilik," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa terbakar hampir 90 peratus dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.

Katanya kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved