Rumah terbuka agensi di bawah pimpinan Raja Muda dihadiri ribuan tetamu

21 Apr 2025 • 4:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh MUHAMMAD REY HAZRIELL

SHAH ALAM, 21 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama Selangor FC, Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), Selangor Youth Community (SAY) serta Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini.

Keberangkatan Tengku Amir Shah yang juga penaung diraja organisasi itu disambut Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini disambut meriah dengan kehadiran ribuan tetamu.

Turut memeriahkan majlis, EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain itu, pemain serta Ketua Jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi turut memeriahkan majlis.

Tetamu disajikan pelbagai juadah istimewa selain persembahan muzik dan sesi ramah mesra bersama Tengku Amir Shah.

image is not available
Tetamu mengambil juadah di rumah terbuka anjuran Selangor FC dan Yayasan Raja Muda Selangor di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 21 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

image is not available
Majlis rumah terbuka anjuran Selangor FC dan Yayasan Raja Muda Selangor di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 21 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved