Rumah Teres Dijadikan Rumah Ngaji, Inisiatif Wanita Ini Dapat Pujian Warga Kuching

24 May 2023 • 2:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Inisiatif murni buat warga Kuching dan sekitar

Rumah Teres Dijadikan Rumah Ngaji, Inisiatif Wanita Ini Dapat Pujian Warga Kuching. Sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Depo, Petra Jaya, Kuching dijadikan sebagai Rumah Ngaji untuk dimanfaatkan penduduk setempat sebagai medan ilmu terutama dalam pengajian al-Quran.

Rumah Ngaji di Jalan Depo itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Dr. Fatimah dikendalikan oleh sorang individu wanita yang dikenali sebagai Dr. Fatimah menerusi perkongsian anaknya di Facebook.

image is not available
Rumah Teres Dijadikan Rumah Ngaji, Inisiatif Wanita Ini Dapat Pujian Warga Kuching. Kredit: Fareiny Morni

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Menurutnya, penubuhan Rumah Ngaji itu merupakan inisiatifnya sendiri bagi mengendalikan kelas mengaji al-Quran buat warga Kuching dan sekitar.

Kelas tersebut akan diajar oleh guru-guru al-Quran yang dilantik bagi melahirkan generasi baru yang celik al-Quran.

image is not available

Tambahnya, tiada bayaran tetap akan dikenakan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam kelas tersebut. Sebaliknya, mereka mengamalkan konsep sedekah seikhlas hati.

Bahkan, mereka yang kurang bermampuan juga boleh menghadiri kelas tersebut tanpa apa-apa bayaran dikenakan.

Selain kelas mengaji, kelas bahasa Arab turut disediakan di sini.

image is not available

Jadi, rebutlah peluang ini untuk sama-sama mengejar ilmu akhirat.

Untuk anda yang berminat boleh hubungi 014-2088706 (Hussen).

Lokasi: Rumah Ngaji Dr. FatimahJalan Depo, Petra Jaya, Kuching

Baca lagi artikel menarik: