Rumah Uncle Ni Viral Sebab Deko Krismas ‘Meriah’, Ramai Datang Nak Ambil Gambar

LocalEntertainment
16 Dec 2024 • 1:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rumah Uncle Ni Viral Sebab Deko Krismas ‘Meriah’, Ramai Datang Nak Ambil Gambar

Macam yang kita tahu, Hari Krismas bakal menjelma tak lama lagi. Semangat perayaan ini pasti sudah mula terasa, terutamanya bagi mereka yang menyambutnya.

Sama seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali, Krismas di Malaysia juga disambut meriah dengan cara tersendiri.

Tak dinafikan, suasana Krismas kita mungkin tak se’grand’ di luar negara.

Tapi kali ni, satu rumah di Malaysia berjaya mencuri perhatian ramai. Mana taknya, dekorasi Krismas rumah tu bukan biasa-biasa.

Deko ‘Wow’, mengalahkan pusat beli-belah

Kisah ini bermula bila sebuah video yang memaparkan sebuah rumah dengan dekorasi Krismas penuh warna-warni tular di media sosial. Rumah ni milik seorang lelaki mesra digelar “Uncle”.

Uncle ni betul-betul ‘all out’ dengan dekorasi rumahnya. Ada lampu berwarna-warni, pokok Krismas gergasi, patung Santa Claus dan pelbagai hiasan lain yang memenuhi halaman rumah.

Memang tak sia-sia usaha Uncle ni bila rumahnya terus jadi perhatian satu kawasan.

Menariknya, bukan jiran tetangga je yang datang, malah orang dari kawasan lain pun sanggup datang semata-mata nak tengok dan bergambar depan rumah tu.

Malah, ada yang kata, hiasan rumah ni lebih cantik daripada yang biasa dilihat di pusat beli-belah besar.

Melihat ke ruangan komen, ramai yang memuji kreativiti Uncle ini dalam mencipta suasana berbeza untuk perayaan kali ini.

“Biasa tengok dekorasi macam ni dekat luar negara, tapi ni dekat Malaysia. Kreatif tuan rumah, cantik,”

“Kalau macam ni, saya pun nak datang juga. Lawa betul, pandai tuan rumah deko. Meriah betul,”

Tak hanya itu, ada juga yang berseloroh minta Uncle buka tiket masuk RM5 seorang.

Yang paling menyentuh hati, suasana di rumah Uncle ni jelas menunjukkan semangat perpaduan Malaysia.

“Malaysia patut hidup macam ni. Semua kaum boleh berkumpul bersama, tak ada prejudis, dan raikan semua perayaan bersama-sama,”

“Bagusnya yang datang melawat pun penuh adab. Tak perlu letak sign ‘tanggalkan kasut’, sendiri pun faham,”

“Best tengok masing-masing merayakan perayaan masing-masing. Kita tak merayakan pun enjoy tengok warna-warni,”

Selain itu, ramai juga yang memuji sikap Uncle yang sentiasa tersenyum dan mesra melayan setiap orang yang datang.