Rumah wangi dengan tip murah, DIY penyembur 4 bahan harum semerbak, udara pun segar

Home & Living
15 Feb 2023 • 9:09 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RUMAH yang kemas memang menyejukkan mata, tapi aromanya juga memainkan peranan. Kalau berbau kepam dan kurang enak, penghuninya bukan sahaja tak selesa, silap hari bulan kesihatan terganggu.

Kalau anda fikir ia sekadar bau busuk, anda silap. Kajian oleh Jabatan Kesihatan New York, Amerika Syarikat mendedahkan bau kurang menyenangkan boleh mengakibatkan kesan kesihatan. Jika berterusan dalam tempoh yang lama boleh menjejaskan mood, mencetus kebimbangan (anxiety) dan stres.

Banyak faktor yang jadi penyebab seperti pengudaran yang terhad, haiwan peliharaan atau aktiviti harian di lakukan dalam rumah. Yang paling risau, orang yang dah biasa terdedah dengan bau kurang enak ini akan ‘imun’ dengan bau tersebut. Jangan sampai macam ni ya!

Justeru, SinarPlus ingin berkongsi tip mewangikan rumah menggunakan bahan yang murah ini. Perkongsian daripada Nik Zainah Muhammad ini sangat mudah, hanya dengan beberapa bahan yang sedia ada.

SEMBURAN MEWANGIKAN RUMAH

image is not available

Bahan-bahan
1 penutup pelembut pakaian
Sedikit sahaja cuka
Beberapa titis essential oil (jika perlu)
Botol penyembur

Cara penyediaan
1-Campurkan kedua-dua bahan ini dan masukkan ke dalam botol penyembur.
2-Semburkan seluruh rumah anda.
3-Gabungan bahan-bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.
4-Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur.
5-Baunya tahan lebih lama dan paling penting wangi!

CECAIR PENYEGAR BILIK AIR

image is not available
Kredit foto: Freepik

Bilik air juga salah satu tempat yang mempunyai bau kurang menyenangkan. Apa kata cuba tip ini yang menggunakan bahan dapur.

Bahan-bahan

1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Botol penyembur

image is not available

Cara penyediaan
1-Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam botol penyembur.
2-Semburkan ia ke seluruh bilik air setiap hari.
3-Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan berbau harum.

Wah! Tak sangka kan, mudah je caranya. Lepas ni bolehlah buat sendiri pewangi rumah ikut bau pelembut pakaian. Tapi pastikan juga rumah mempunyai pengudaraan yang baik.

Selamat tinggal bau kepam dan busuk!

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.