Rundingan Kerusi PRN Berjalan Lancar - Anwar

Politics
19 Mar 2023 • 11:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Kali Ke-2 di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, malam ini. - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR - Rundingan kerusi dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan berjalan lancar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan hujung tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, perkara terbabit masih dibincangkan menerusi satu jawatankuasa bersama yang terdiri daripada pemimpin semua parti dalam kerajaan.

“Memang ada kemajuan yang baik tetapi perkara itu masih dibincangkan oleh jawatankuasa yang dianggotai semua wakil parti,” katanya ringkas kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Kali Ke-2 di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, malam ini.

Pada masa sama, Anwar berkata, sekretariat itu akan mengumumkan kongres khas untuk Kerajaan Perpaduan yang bakal diadakan ‘tidak lama lagi’.

Namun, beliau tidak menjelaskan butiran lanjut mengenai kongres itu. – The Vibes, 19 Mac 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL