Rundingan Produktif! Trump Tangguh Serangan Ke Atas Loji Jana Kuasa Iran Selama 5 Hari

WorldPolitics
23 Mar 2026 • 11:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan rundingan yang disifatkannya sebagai “sangat baik dan produktif” dengan Tehran sejak dua hari lalu.

image is not available

“Saya dengan sukacitanya melaporkan bahawa AS dan negara Iran telah mengadakan perbincangan yang sangat baik dan produktif sepanjang dua hari lalu mengenai penyelesaian sepenuhnya dan menyeluruh terhadap permusuhan kami di Asia Barat,” kata Trump di platform media sosial, Truth Social.

Menurut Trump, penangguhan itu dibuat berdasarkan suasana dan nada perbincangan yang mendalam, terperinci dan membina, yang dijangka diteruskan sepanjang minggu ini melalui mesyuarat dan rundingan berterusan.

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan Trump mengugut untuk ‘melenyapkan’ loji jana kuasa Iran terbesar sekiranya Tehran enggan membuka semula Selat Hormuz dalam tempoh 48 jam, namun beliau tidak memaklumkan loji mana yang dimaksudkan.

image is not available

Konflik yang bermula pada 28 Februari lalu antara AS dan Israel dengan Iran telah mengorbankan lebih 2,000 orang, selain menjejaskan pasaran global, menaikkan kos bahan api dan mencetuskan kebimbangan terhadap inflasi dunia.

Ancaman terhadap grid elektrik di Teluk juga menimbulkan kebimbangan gangguan besar terhadap sistem penapisan air harian serta menambah ketidaktentuan dalam pasaran minyak global.

Sumber: Truth Social 

The post Rundingan Produktif! Trump Tangguh Serangan Ke Atas Loji Jana Kuasa Iran Selama 5 Hari appeared first on Borak Daily.