Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja berkuatkuasa serta merta

29 Nov 2023 • 9:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba sedang giat menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan rasuk. Gambar kecil: Rajendran

BAYAN LEPAS - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan notis henti kerja serta merta terhadap projek pembinaan gudang yang terlibat dalam kejadian runtuhan rasuk pada malam Selasa.

Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran berkata, perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi Rabu kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.

"Notis henti kerja dikeluarkan kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkuatkuasa serta merta.

"Jurutera perunding projek ini juga telah berada di tapak projek untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan kerja-kerja menyelamat dan pemulihan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.

Beliau berkata, sebelum ini, pemaju projek telah diberi kebenaran untuk menjalankan kerja pembinaan pada waktu malam.

"Ini adalah 'fast track' projek dan projek ini berada di landasan yang betul (projek on track).

"MBPP juga telah beri kebenaran untuk kerja-kerja projek ini diteruskan pada waktu malam kerana lokasinya di luar kawasan perumahan," katanya.

AKAN MENYUSUL