Runtuhan Gudang: Operasi Mencari & Menyelamat Mangsa Diteruskan

29 Nov 2023 • 9:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

RUNTUHAN GUDANG BATU MAUNG: OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT MANGSA DITERUSKAN

GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Operasi mencari dan menyelamat empat mangsa dikhuatiri masih tertimbus dalam insiden runtuhan sebuah gudang logistik yang sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas di sini, diteruskan sejak malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan tugasan mengalihkan struktur yang runtuh oleh jentera berat sedang dijalankan.

“Kren digunakan untuk mengalihkan struktur beam berat yang menghalang laluan masuk ke runtuhan dan kerja-kerja pengalihan ini memerlukan sedikit masa,” menurut JBPM dalam kenyataan pagi ini.

Kenyataan itu memberitahu anggota JBPM mengalami kesukaran dalam mengalihkan rasuk-rasuk yang terjatuh bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus.

“Kesukaran kita setakat ini ialah mengalihkan struktur yang terjatuh kerana ia melibatkan struktur konkrit yang berat dan besar. Kerja-kerja ini memerlukan jentera mesin untuk mengangkat dan membersihkan kawasan supaya pasukan penyelamat boleh akses kepada lokasi mangsa.

“Kita menggunakan kren dan khidmat anjing pengesan jika dikhuatiri ada mangsa yang tidak dilaporkan. Kita akan teruskan operasi sehingga semua mangsa dikeluarkan,” menurut kenyataan itu.

Setakat 6 pagi tadi, empat mangsa dilaporkan dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tapak binaan itu yang berlaku malam tadi, tiga disahkan maut manakala dua yang cedera parah sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved